AWAK....
Assalamualaikum…
Awak..maafkan diri ini jika blog ini mengundang kemarahan awak. Langsung xterniat untuk melukakan hati sesiapa pembaca mahupun awak sendiri. Awak, saya sedar, siapa diri saya untuk menagih kasih awak. Saya tahu, saya xmungkin akan mendapat kembali semua2 dari awak. Blog yang saya tulis ini, hanyalah sekadar luahan hati saya yang xmampu saya pendam. Maafkan saya awak.
Awak…mungkin awak xakan faham isi hati ini ataupun awak buat2 xpaham kerana saya tidak layak untuk memiliki awak. Awak, demi Allah, saya xpernah lupakan awak, demi Allah, saya terlalu mencintai awak dan tidak akan pernah pudar walaupun sesaat. Tapi sudah terlambat untuk saya menjelaskan segala2 nya.MAAFKAN SAYA.
Awak, terus terang saya cakapkan, saya cukup terluka apabila mendapat tahu awak sudah mempunyai penganti. Mengapa begitu cepat seseorang hadir dalam hati awak?? Mengapa awak..mengapa??? adakah saya cukup kuat untuk mengharungi semua ini??
‘YA ALLAH, YA TUHANKU, SESUNGGUHNYA AKU XSANGUP MENGHARUNGI SEMUA INI, YA ALLAH, MENGAPA AKU DI TAKDIR BEGINI..ANDAI DIA BUKAN DARI TULANG RUSUK KU, LENYAPKAPLAH SEGALA INGATAN AKU KEPADANYA SEPERTIMANA ENGKAU HILANGKAN INGATANKU KEPADA INSAN YANG LAIN YANG PENAH AKU CINTAI..JIKALAU, ENGKAU TIDAK MENGIZINKAN AKU UNTUK BERSAMANYA DI DUNIA SEMENTARA INI, ENGKAU CIPTAKAN LAH DIA UNTUK KU DI AKHIRAT KELAK,YANG MEMPUNYAI PERASAAN TERHADAPKU DAN TIDAK PERNAH BERUBAH, SESUNGGUHNYA,ENGKAULAH MAHA KUASA,MAHA PENCIPTA,AKU INGIN HIDUP BERSAMA DIA SELAMA2NYA DI AKHIRAT KELAK…YA ALLAH, AKU TAHU,AKU BUKAN MILIKNYA DI DUNIA INI,BUKAKAN LAH HATI DIA UNTUK MENERIMA KU SEBAGAI KAWAN AKU..AKU TERLALU MERINDUINYA…’
Awak…saya pernah mencuba untuk melupakan diri awak di hati ini tapi, ternyata, cintaku padamu sungguh kuat dek kerana satu janji untuk menjaga diri diri awak, saya terperangkap dalam kasih awak dahulu. Saya xmampu untuk membuang dari kamus hidupku ini apatah lagi untuk membenci dari hati yang mencintai awak.
Awak,walaupun awak membenci saya, ia tidak akan membuat saya membenci awak kerana, cinta saya pada awak adalah penawar segala benci awak pada diriku ini.
Awak…saya masih lagi ingat kenangan kita bersama. Adakah awak masih mengingatinya atau sudah melupakannya???. Bukan niat saya untuk mengungkit segala kenangan kita bersama yang telah lama awak melupakannya. Air mata ini tidak pernah jemu menemani diri ini bersama kenangan kita. Andai awak mengerti segalanya, pasti saya akan di hargai.
Awak..saya tidak pernah untuk membenci diri mu dan dengan nama Allah, saya tidak pernah menceritakan hal2 buruk tentang dirimu apatah lagi membuka aib awk kepada sesiapa..tidak sama sekali. Bagi saya, awak terlalu sempurna dalam hidup saya. percayalah awak,awak selalu di hati saya dan akan terus berada di hati ini. Tiada penganti yang dapat mengantikan awak.
Awak..saya selalu berdoa, agar satu hari nanti,awak akan menjadi permaisuri di hati saya.jika diberi peluang, ingin saya kecapi semua impian saya walaupun sesaat. Andai kata selepas itu,nafas saya terhenti,saya bersyukur, saya dapat mengecapi kebahagian bersama awak walaupun sesaat.
Awak..sampai disini coretan saya untuk kali ini. Jika pilihan awak itu adalah pilihan yang terbaik, saya sentiasa mendoakan kebahagian awak di dunia dan akhirat..MAAFKAN SAYA KERANA PERNAH MENGGURIS LUKA DIHATI AWK DAN MENINGGALKAN PARUT YANG SANGAT DALAM DI HATI AWAK..AMPUNKAN SAYA..MAAFKAN SAYA SEIKHLAS HATI AWAK…
SEKIAN..
NUKILAN..
DUNIA,AKU DAN BLOG…
<< Home